Dec 18, 2008

REKAAN UNTUK MEREKA YANG GEMPAL



entry kali ni aku buat khusus untu mereka yang berpinggul agak lebar dan berbadan gempal macam aku ni..hehehe.. selain dari baju kurung atau baju kebaya.. apa kata kita buat baju yang seakan2 dan masih lagi nampak tradisionalnya..




design yang pertama ala2 kurung moden. tapi ia agak longgar dan selesa di pakai. disamping itu korang boleh menyembunyikan juga pinggul korang yang lebar tu. buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. terpulang pada pemakai. sama ada nak tambah lisu atau biarkan potongan lurus. biasanya baju sebegini dipadan kan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kureng sikit lah.. sebab baju tu agak labuh dan mencecah lutut.. kalau menggunakan fabrik yang kosong.. korang leh la tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. potongan leher V juga dapat membetuk leher korang kelihatan lagi jinjang.. elakkan potongan leher yang berkolar.

untuk design yang kedua.. ramai kita yang terlupa dengan baju kurung kedah.. tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan korang kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah maksud kita buat baju kurung kedah yang opah2 selalu pakai tu.. 'renovate' sedikit.. biasanya baju ini tidak ada lisu.. tapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik.. terpulang kepada pemakai.. labuh tangan pula adalah 3 suku.. tapi korang juga boleh diubah menjadi labuh..

design ketiga ala2 mini jubah.. bukan jubah yang serkup satu badan tu.. tapi yang biasa dipakai dengan seluar.. labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. ini akan menampakkan korang kelihatan lagi rendah.. potongan leher separa sampan juga dapat menjinjangkan leher korang. cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja.. elakkan dari belahan baju di kedua2.. sebab ini akan menampakkan korang kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.

bahagian sgt perlu dititik beratkan. potongan lengan yang kembang2 tu akan menampakkan kelebaran badan korang lagilah lebar.. baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal.. pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa korang yang lebar terutama di bahagian sisi badan.

ok disini shj bebelan ku... nanti aku akan smbung lagi tips2 pakaian ni bila aku free.. aku mungkin akan sibuk mulai dr sekarang...selamat mencuba





Dec 11, 2008

KENALI HATI BUDI WANITA YANG DICINTAI





malas nak cerita panjang... di sini wahai para lelaki yang tak pernah nak hargai dan selami perasaan dah hati budi wanita tu.. silalah baca post aku ni... ( adakah aku kelihatan seperti seorang perempuan yang tidak puas hati..?? ) ya memang..

:ida24:Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi perempuan ni cuma sekadar ingin bermanja dan ingin mendapat perhatian je.. nak2 plak bila pasangannya ni ,memang selalu tak endahkan atau abaikan wanita ini.

:ida24:Cerewet
Bukan nye cerewet tak tentu hala, adakala si perempuan ingin si lelaki mengikut kata2nya sekali sekala...ye lah... tak adil la bagi lelaki je yang nak menguasai perempuan... terutama bagi yang belum kahwin... kalau dah sah2 jadi suami isteri tu yelah... syurga di bawah tapak kaki suami.

:ida24:Halus
Ibarat sehelai sutera yang cantik, halus, lembut dan mudah tercarik.. walaupun seorang perempuan itu terkenal dengan sikap pemaaf yang memaafkan ats sebab kesalahan, biasanya org perempuan ini akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan dijadikan pengajaran.. bukan dendam.. tapi kalau sesetengah lelaki.. lantaklah smpai keluar air mata berdarah sekali pon langsung tidak diendahkan kemaafan dari seorang wanita tersebut.. tapi time dia buat salah .. senang2nya je nak mintak maaf dari seorang wanita..

:ida24:Ikhlas
Apabila telah terbukti keikhlasan seseorang wanita itu dalam sesuatu perhubungan.. jangan sama sekali diragui... tapi kalau korang masih tidak percaya pada pasangan korang yang betul2 ikhlas.. .... memang takleh pakai nye lelaki lah.. memang korang tergolong dalam spesis lelaki yang buta sebelah mata..

:ida24:Korban
Perempuan sanggup berkorban apa sahaja demi lelaki yang dicintai.. termasuk ibu bapa, anak2 dan suami.. apa sahaja sanggip dikorbankan demi mereka2 yang dia syg.. bahkan sanggup berkorban nyawa, harta dan lain2 lagi.. tapi tak ramai lelaki yang sanggup melakukan perkara sedemikian. bukan bermaksud berkorban nyawa dgn bunuh diri... tapi bersusah payah smpai mempertaruhkan nyawa.. bagi lelaki2 yang mempunyai teman wanita atau isteri yang pernah hampir2 berkorban nyawa utk korang.. hargailah dia sebaik2nya..

:ida24:Prihatin
Sikap perempuan amat prihatin terhadap pasangannya.. sakit.. susah.. sentiasa dan tak putus2 dia memberikan sokongan ..tapi adakala nya perempuan juga menginginkan sedemikian daripada pasangannya.. bukan bila mengadu.. dipulang dgn kata2 kesat..bahkan memarahi pula pasangannya... walaupun kesalahan yang dilakukan.. pujuk lah dia dgn penuh keprihatinan korang.. bukan dgn memarahi.. tgh jiwa berkecamuk... seseorang perempuan itu memerlukan semangat utk masalah yang dihadapi.. bukan tekanan lagi yang ditambah

:ida24:Manja
Walaupun dia merupakan seorang perempuan yang pandai berdikari, naluri kaum hawa masih tetap seorang perempuan.. Suka bermanja bukan pada insan yang bernama lelaki.. tetapi juga pada sesama kaum. cuma manja dorang pada kaum lelaki yang dicintai melebihi segala2nya.

:ida24:Ego
Wanita sanggup membuang segala ego yang dia ada kerana terlalu sayangkan kekasihnya. so apa salah kaum lelaki mengurangkan sifat ego yang ada pada diri korang demi wanita yang dicintai.. dah terang2 salah.. tapi ego punya pasal.. sanggup biarkan rumahtangga korang bergelodak... ish ish aku benci lelaki yang terlampau ego..

:ida24:Seks
Seks bukanlah segala2nya kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Lelaki pula diciptakan dengan 1 nafsu dan sembilan akal lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.. jadi gunalah akal yang sembilan itu sebelum bertindak dalam berbuat apa2 benda... fikir dulu sebelum buat.. jangan tahu menuduh orang tanpa usul periksa atau menetapkan sesuatu kejadian tu secara gopoh2.

kesimpulannya di sini .. tak kisah la lelaki ke wanita ke.. sama2lah lah tolak ansur... kalau setakat seorang je yang lebih2 .. pon tak jadi.. tak semestinya salah pada lelaki sahaja.. ada juga kaum hawa yang jenis mcm tu.. so pikirlah sendiri..

Be Creative Dengan Penyepit Baju

:ida64:Penyepit baju yang sinonim untuk menyepit baju di ampaian.. tahukah korang juga boleh menggunakan penyepit baju sebagai benda lain.. heh heh heh..

:ida64:Buat sepit idung semasa memerut dalam jamban.. ini adalah untuk mengelakkan lubang idung korang daripada simasuki bau2an yang kurang enak itu.

:ida64:Buat sepit untuk picit jerawat kawan yang suruh tu... ye lah kalau korang geli nak picit dengan tangan.

:ida64:Cuba mencipta rekod dunia dengan mencabut bulu ketiak dengan menggunakan penyepit baju.

:ida64:Susun banyak2 berderet2 dengan posisi menegak.. pastu tumbangkan macam main domino tu... heh heh heh..

:ida64:Jadikan sebagai salah satu aksesori telinga korang.. ye lah.. lain2 dari lain dan mudah didapati .. wat sebagai subang telinga.

:ida64:Kalau korang takde idea nak bagi kawan2 korang hadiah.. leh la mencuba memberi penyepit baju ni sebagai hadiah. janganla la bagi satu dua ..nak2 yang dah guna.. agak2la.. bagi sepapan dua.. ade lah manis sket.

:ida64:sepit idung korang setiap malam bagi mereka yang ingin memancungkan idung korang.. yer lah dari menyuntik2 ..membotox2.. care ini lebih menjimatkan..

p/s sila cuba untuk melihat keberkesanannya..

Dec 9, 2008

ARTWORK AKU PART 2

Menatap aku baju gaun malam ni.. ermmm .. kalau nak suruh aku pakai.. memang tak muat langsung.. sama ada baju tu rabak atau pun aku yang pitam .. pesal la baju ni tak dibuat saiz aku... leh gak aku melaram.. wakakaka... asyik2 kena wat saiz standard.. saiz model..saiz patung.. tu dulu la.. aku cuma nk kongsi mcmana design baju tu di-proceed. mula2 pilih la satu subject matter.. design aku kali ni memilih masjid putrajaya... disebabkan tajuk utamanya bangunan..

mula aku pon tak tau nk ngolah masjid tu jadi baju.. arghhh.. nak lukis batu? nak lukis tiang? kubah? arghhh baju ke tu?? ada ke org nak pakai baju cmtu g dinner.. mula kena la design dlm 20 design yang berlainan.. heh heh heh.. aku malas gak.. aku design tak cukup 20 pon.. pastu semua tak proceed... arghhh sengal ... aku lukis la lagi 20 design .. ye la sebab design aku terpesong sebelum tu..wakakaka.
aku pon masukkan elemen masjid tu dlm baju.. ntah betul ke tak apa yang aku masukkan tu.. then daripada 20 tu.. 5 design dipilih.. setiap 5 design tu perlulah di olah lagi kepada 20 .. dalam erti kata lain.. 5x20 = 100 design lagi kena buat... t




api aku cam biasa la.. aku buat je mana yang aku larat la.. huhuuhu.. setelah tu baru dia akan pilih 1 sahaja yang terbaik.. kadang2 macam sia2 je kan nk buat smpai 100.. tapi cuma pilih satu je.. buat abih dakwat marker aku je. yang dh kena proceed ni.. akan diubah suai lak... yela nk touch-up2 apa la yang agak kureng.. lepas dah siap proceed semua.. baru lah boleh shopping kain apa nk diguna..
so baju ini berwarna pink dan putih sebab aku mengambil warna2 masjid putrajaya itu yang berwarna pink dan putih.. nak2 kat bahagian kubah tu..




disebabkan team aku kena terapkan unsur batik so aku gunakan batik yang berunsur ala2 motif arabic.. ye lah.. dh tu je aku jumpa yang seakan2 design aku.. kang lari dr design kang.. pun takleh gak... maklum la .. islamic.. so kena la tutup aurat.. bukan senang nak cari fabrik yang sama corak dengan design yang kita mahukan.. nak tu boleh la... gi tempah.. tu kalau dah kaya la.. kalau mase student dulu .. nak2 yang jenis kayap.. nganga je la..
itulah alkisah teknik2 mencipta baju.. heh heh heh.. dan inilah hasilnya apabila telah diperagakan.. pssttt.. yang ramping n solid tu bukan aku.. eh.. tu model aku je.. wakakaka




Dec 8, 2008

10 Kesalahan Besar Yang boleh Merosakkan Otak




tips ini aku berkongsi dgn teman2.. ada gak benda ni aku pon buat.. ermmm takpe2pasni kena jaga2 lah ye..

:ida10:Mengabaikan Pengambilan Sarapan Pagi
bagi sape2 yang tak suka bersarapan atau malas macam aku ni berisiko besar untuk mengalami kekurangan gula dalam darah... ermmm mungkin ni bukan aku la kot. ia akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak lalu menyebabkan bahagian otak kita ni bermasalah... ermm...( termenung aku seketika)

:ida10:Terlalu Banyak Makan
aarghhh aku lagi ke ni?? anggap je la bukan aku tapi korang eh.. heh heh heh heh.. terlalu byk makan akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak dan sekali gus memperlahankan kuasa mental... ( ermm kuasa cmne eh.. psikik ke??? wakakaka)

:ida10:Merokok
Oh ini mmg bukan spesis aku lah.. merokok akan menyumbang kepada pengecutan otak dan menyebabkan penyakit 'Alzheimer' ( iaitu sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak seperti nyanyuk) .. katakan TAK-NAK okeh pada rokok

:ida10:Pengambilan Gula Yang Tinggi
Terlalu banyak gula boleh menganggu penyerepan protein dan nutrien disebabkan kekurangan zat makanan dan akan mendatangkan kesan dalam perkembangan otak... kurang gula pon takleh... lebih pon takleh..

:ida10:Pencemaran Udara
Otak kita ni byk menggunakan oksigen dan otak juga merupakan penerima oksigen terbesar .. ate kalau dan hari2 hirup udara yang tercemar.. mcmana lah otak kita pon tak turut tercemar..

:ida10:Kurang Tidur
erk... aku menjeling pada nesl0.. Tidur memberi peluang otak untuk berehat.. kekurangan tidur akan menjejas sel otak sekaligus dan juga mendatangkan risiko yang tinggi untuk berlakunya kegagalan otak dari berfungsi.. ermmmm..( ok tata aku nak tido sekaranglah)

:ida10:Menutup Kepala Ketika Sedang Tidur
tidur dengan kepala tutup akan meningkatkan karbon dioksida dan mengurangkan oksigen untuk sistem badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak.

:ida10:Memaksa Otak Bekerja Semasa Badan Tidak Sihat
Kalau dh tak sihat tu.. tak reti2 ke nak bawak2 berehat... ish ish kunun2 kuat la lagi tu.. kalau dah tumpo situ baru tahu.. so tinggalkan kerja korang .. dan jgn terlampau banyak berfikir semasa korang tidak sihat ok...

:ida10:Berfikiran Sempit
Fikir positif dan beri ruang pada otak untuk berfikir dengan lebih jauh lagi..

:ida10:Jarang Berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak... macam cerita 'Cast Away' dah lame tak bergaul dan berkomunikasi.. lama2 terus menjadi tak reti nak bercakap.. itu contoh la.. paham2 la sendiri ye..

Dec 6, 2008

TANGANKU YANG SEMAKIN KEJUNG





aku takleh tido... arghhh ..eleh alasan..sedangkan memang hari2 aku macam ni.. tiba aku ter-ada mood untuk melakar.. mmm ye la dh berzaman aku tak wat keje2 ni.. arghhh yg pasti tangan aku semakin kejung... ni je lah yang aku mampu nak lukis dalam masa yang singkat.. yang pasti awek ni bukan lah sesape.. nak rujuk kepada aku ohh tidak.. jauh sekali.. cuma aku teringin ade rambut yg lebat dan pjg mcm awek tu je.. wakakaka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...