Feb 20, 2012

KELAS JAHITAN MANIK 24 & 25 MAC 2012 ( BASIC + INTERMEDIATE )

Kami akan mengadakan kelas jahitan manik dan labuci (BASIC + INTERMEDIATE )   bermula pada  24 dan 25 Mac sehingga hujung tahun ini


Tempat : Pusat Giatmara Titiwangsa, Kg Baru
Tarikh : 24 & 25 Mac 2012
Hari : Sabtu @ Ahad
Tempoh : 1 hari
Masa : 9.00 am hingga 5.00pm
Yuran : RM 150.00
Peserta : 2 - 10 orang

Barang2 dan kit jahitan diberi. Peserta cuma perlu membawa buku nota dan alat tulis shj

Sijil dan Buku Rujukan disertakan.!!

Antara Modul :
- 15 paten manik
- Pengenalan Jenis-Jenis manik
- Kaedah Mengiraan kos upah jahitan manik
- Jahitan manik dan labuci asas
- tampalan lace
- motif
- bunga
- jurai


Jika berminat boleh terus hubungi di ( IDA)  019-2254673 atau emelkan kepada kelapa_nyor100@yahoo.com

Jan 25, 2012

KURSUS KOMPUTER AUTOCAD 2D ( BASIC TO INTERMEDIATE ) AKAN DIADAKAN PADA FEBRUARI 2012

Kami akan mengadakan Kursus Komputer AutoCAD 2D ( basic - intermediate) dalam bulan Februari nanti. Tarikh belum ditetapkan lagi kerana kami masih menunggu penyertaan. Kepada sesiapa yang berminat menyertai kursus ini boleh hubungi kami terus di 019-2254673 ( Ida ) atau emelkan kepada kelapa_nyor100@yahoo.com/

Tarikh      : FEBRUARI 2012
Tempat   : Dewan Pusat Giatmara Titiwangsa, 50300  Kampung Baru, Kuala Lumpur
Hari         : Sabtu dan Ahad
Yuran      : RM 680

Peserta perlu membawa Laptop sendiri

Setiap peserta yang mengikuti Kursus Komputer akan dibekalkan :-
  1.       Nota Kursus Komputer
  2.       Kertas Latihan dan Soalan
  3.       CD/DVD Installer (Trial 30 hari)
  4.       CD/DVD Video Kursus Komputer untuk ulangkaji
  5.       Sijil tamat kursus

Keterangan Kursus :

Kursus AutoCAD 2D ini ditujukan kepada individu yang baru mengenali perisian AutoCAD atau bagi mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang program ini. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari tentang asas sistem koordinat seperti Absolute, Relative dan Polar Relative.

Perintah asas seperti Line, Arc & Circle, Erase akan diajar dalam kursus ini. Perintah lanjutan seperti Fillet, Chamfer, Array, Offset, Trim, Explode, Move, Copy, Hatch dan banyak lagi perintah-perintah yang ada didalam kursus ini akan diajarkan. Peserta kursus akan diberi tumpuan kepada latihan praktikal (hands-on) serta teknik membina lukisan dengan perintah ‘Short Key’ dari papan kekunci (Keyboard). Latihan yang diberi lebih menjurus kepada bagaimana membina lukisan kejuruteraan dan arkitek serta lukisan perincian (Detail Drawing).

Peserta juga akan diajar cara mencetak (Plot / Print) dan membina lukisan dengan skala beserta ukuran. Lukisan asas Isometrik juga akan diajar didalam kursus ini. Peserta juga akan diajar teknik mencari luas (area) dari Milimeter ke Square Meter, Square Feet, Hectar yang sering digunakan oleh Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah.

Jan 6, 2012

KREATIFNYA ANAK MALAYSIA




Setelah park kereta di belakang Jalan Petaling ( Petaling Street ) , tiba2 ternampak beberapa objek yang menarik perhatian .... pelik tapi cantik.. atleast maksud yang disampaikan dalam mural ni adalah positif dari menconteng yang entah hape2 kan... jom kita hayati lukisan dorang..






Oct 31, 2011

D AWANA MULTITRADE

Just nak hapdet...  Bile2 free   silalah layari blog syarikat kami....  http://dawanamultitrade.blogspot.com

Sep 14, 2011

PEMBACA BERITA ALAF BARU

video
PEMBACA BERITA ALAF BARU .. huhuhuhu...  sayang buah hati ibu ni ( Muhammad Noor Rizqi)

Sep 7, 2011

TINGGALAN HARTA KARUN SELEPAS RAYA

Raya pon dah nak sampai ke penghujung.. macam2 benda alah kita leh nampak menjadi sisa2 dan saki baki yang akan ditinggalkan hasil dari raya..





buluh2 lemang memenuhi tempat pembuangan sampah.. agak2 leh kitar semula ke eh buluh2 ni tuk wat lemang tahun depan.. wakakaka..





bersepah2 la sampul duit raya di serata alam.. tapi kalau dapat kat aku sure takkan bersepah.. bagus org semacam aku ni..ewah aku naik eskalator plak.. lif rosak.. dari buang2 sila2 lah bagi aku.. aku menjadikan ia koleksi..





tinggalan tanduk2 lembu atau kerbau.. sape2 nak wat muzium leh gak ni.. mana tau akan dtg jual laku ke..





habuk dalam poket seluar korang.. (simbol sisa2 duit raya) ehbukan kekorang ade cilok kuih raya masuk poket?





habuk2 kuih raya memang sedap.. dah ujung2 la baru semua nak berebut





dawai2 dan lidi bunga api membanjiri kawasan rumah..

Aug 29, 2011

BILA DAH RAYA

Ini lah kisah bila dah raya...



Sebulan tak meeting tentunya berlambak2 perkara berbangkit.. bangkit solat sunat entah ye ke tidak.. sambil2 makan kuih bangkit ade je la gosip2 liar yang nak dibangkitkan... tambah pulak dengan agenda2 lama yang diungkit-ungkit... pahala entah kemana.. dosa yang membukit-bukit..ishh ishh ...




sebulan menahan segala macam nafsu.. ape lagi.. dan2 malam raya je terus melayan nafsu.. puasa takleh.. dah raya.. semua pun pakat raya lah.. dasat2. yelah.. cd kalau lama2 tak main ..leh rosak.. lama2 kepala otak pon leh jadi rosak..




time raya ni.. budak2 la paling hepi sekali.. maklumla leh dapat duit raya.. tapi kalau kene la dengan spesis manusia macam ni.. naya2. buat apalah bagi duit tu kat budak2... membazir aje yerk... kalau bagi kat bapak budak leh gak buat saham.. bukan setakat saham.. poker, blacjack, magnum semua dia yang terer..




kan bagus kalau kita bersedekah takbir..zikir takpun alunan nasyid2 ke.. dapat gak pahala .. ni dibawaknye masuk pub2.. karaoke dalam room ke.. karaoke dalam jamban ke.. leh la tahan gak.. kalau lagu raya kira ok gakla.. ini tak.. GRO sekor dua.. dapat gak dosa..




Time ni la macam2 konsert nak dibuat.. konon2 konsert hari raya . nak tambah amal la katakan.. masalahnya amal kebaikan atau amal sebaliknya.. terkinja2 .. terhenjut2 ... wah!!! amal ke tu??




raya2 ni macam air ade dihidangkan dirumah tu.. air sirap,air kopi,air paip dan macam pesen air la yang ade sekarang ni..menarik lagi..siap ade buah2, kaler2 pon leh gak bedal. tapi nak jugak ditogak cecair bahan api tu dalam perut.. sadis2..

Aug 22, 2011

BAGAIMANA NAK BALIK KAMPUNG KALAU TIKET BAS DAH HABIS




Hari raya setahun sekali.. waktu2 ni lah ramai yang bertungkus lumus nak balik kg.. bukan semua yang memiliki kenderaan sendiri .. apa yang perlu korang lakukan untuk dapat gak balik ke kampung .. Cubalah cara2 di bawah.. hehehe




:nyor63:Baring di atas jalan.. bila ada orang telefon ambulan dan ambulan pon smpai.. minta drebar ambulan hantar korang di rumah orang tua korang di kampung.


:nyor63:Lakukan walkathon, marathon, larian merentas desa dan macam2 larian lagi sehinggalah smpai ke kampung korang.


:nyor63:Jadilah seorang hitch-hiker - pengembara yang bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat dengan menumpang kenderaan org ramai.


:nyor63:Naik binatang yang korang ada. lembu, kerbau, kuda, kambing, kucing pon boleh kalau terpaksa.


:nyor63:Balik kampung dengan kasut roda, rollerblade atau skateboard.


:nyor63:Tinggal aje kat Kampung Baru ke Kampung Attap ke dan korang tak payah bersusah payah nak pikir pasal nak balik kampung. nama pun kampung gak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...