FACEBOOK D AWANA MULTITRADE

PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

UNTUK MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN

May 9, 2009

KENAPA BAJU YANG DIPAKAI ITU MAHAL HARGANYA?

Adakah korang tahu kenapa, bagaimana baju yang korang beli atau pakai tu mahal harganya..? meh aku bagi info2 tentangnya.. mungkin ada sesetengah daripada info ini ada yang korang dah tahu..


Jenama
Mak Limah merupakan tukang jahit untuk Butik Permata. Butik Permata menjual sepasang baju kurung dengan harga RM150.00 .. tetapi masih ada yang beli.. kalau letak harga lagi mahal pon for sure org beli gak.. sebab Butik Permata tu dikenali ramai ..tapi kalau Mak Limah sendiri jual pada jiran tetangga.. dia hanya mampu menjual dgn harga RM 30.00 je sepasang.. sedangkan yang menjahit tu masih lagi dari hasil tangan Mak Limah.. ( ini contoh eh) dah macam matematik plak. satu sebab jenama tu dh terkenal.. tapi yang paling logik nye sebab Butik Permata kene bayor sewa yang berpuluh ribu.. so nak tampung perbelanjaan kene lah letak harga tinggi2.


Mutu Fabrik
Korang tgok semua fabrik tu mcm sama je kan.. tapi harga nya lain2.. tak caya gi cek kat nagoya atau kamdar.. wakakakaka


Jahitan Tangan
Jangan nak komplen2 kalau nk htr baju jahit manik ke jahit tulang belut ke kalau di cas harga mahal.. jahitan tangan mmg di cas mahal.. yelah cuba pikir.. dah la satu2 biji manik tu tukang jahit nak ngadap.. lepas tu lama plak tu proses nye. kadang2 tukang jahit tu kene pikir puluh kali nak terima ke tak.. nak2 plak bila pelanggan yang tak paham bahasa.. jadi disebabkan jahitan tangan memerlukan tempoh yang lama dan teliti untuk disiapkan .. tu pasal la ianya agak mahal sedikit.


Nak Baju Express
Tukang jahit ada byk lagi baju nk dijahit.. nak2 plak kalau korang tempah bju tu nk dlm masa 2 3 hari.. dah la byk lagi baju yg sampai dulu. so mmg akan di cas 2 kali ganda.. stendet la kan...sebab korang dh potng queue org lain.. huhuhuhu..


Lining
Memang baju berlining ni akan dicas mhl.. mana taknya.. nak2 full lining.. sama gak mcm menjahit dua pasang baju sekali gus.. of cos la kene cas dabel.. tapi di mata kasor memang la cuma nmpak baju tu sepasang.


Lelaki
Pakaian lelaki mmg lagi mahal dari pakaian wanita.. ini kerana pakaian lelaki lebih rumit daripada pakaian wanita.. tak hairan lah kalau baju2 kot ke kemeja tu sehelai pon dh mkn harga tinggi.. tapi yang pasti mmg lah lagi rumit untuk menjahitnya.


Jenis Fabrik
Bagi mereka yang biasa menempah baju walaupun stail atau jenis baju yang sama... tetapi jenis fabrik yang digunakan tersebut agak rumit.. nak2 plak kalau jenis kain benang hitam, berlabuci, berbatu dan sebagainya.. ini kerana ia merumitkan proses menjahit so tu pasal la biasa tukang jahit akan cas lebih mengikut kesusahan dia melayan kerenah kain2 korang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...