FACEBOOK D AWANA MULTITRADE

PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

UNTUK MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN

Sep 14, 2011

PEMBACA BERITA ALAF BARU

video
PEMBACA BERITA ALAF BARU .. huhuhuhu...  sayang buah hati ibu ni ( Muhammad Noor Rizqi)

Sep 7, 2011

TINGGALAN HARTA KARUN SELEPAS RAYA

Raya pon dah nak sampai ke penghujung.. macam2 benda alah kita leh nampak menjadi sisa2 dan saki baki yang akan ditinggalkan hasil dari raya..





buluh2 lemang memenuhi tempat pembuangan sampah.. agak2 leh kitar semula ke eh buluh2 ni tuk wat lemang tahun depan.. wakakaka..





bersepah2 la sampul duit raya di serata alam.. tapi kalau dapat kat aku sure takkan bersepah.. bagus org semacam aku ni..ewah aku naik eskalator plak.. lif rosak.. dari buang2 sila2 lah bagi aku.. aku menjadikan ia koleksi..





tinggalan tanduk2 lembu atau kerbau.. sape2 nak wat muzium leh gak ni.. mana tau akan dtg jual laku ke..





habuk dalam poket seluar korang.. (simbol sisa2 duit raya) ehbukan kekorang ade cilok kuih raya masuk poket?





habuk2 kuih raya memang sedap.. dah ujung2 la baru semua nak berebut





dawai2 dan lidi bunga api membanjiri kawasan rumah..

Aug 29, 2011

BILA DAH RAYA

Ini lah kisah bila dah raya...



Sebulan tak meeting tentunya berlambak2 perkara berbangkit.. bangkit solat sunat entah ye ke tidak.. sambil2 makan kuih bangkit ade je la gosip2 liar yang nak dibangkitkan... tambah pulak dengan agenda2 lama yang diungkit-ungkit... pahala entah kemana.. dosa yang membukit-bukit..ishh ishh ...




sebulan menahan segala macam nafsu.. ape lagi.. dan2 malam raya je terus melayan nafsu.. puasa takleh.. dah raya.. semua pun pakat raya lah.. dasat2. yelah.. cd kalau lama2 tak main ..leh rosak.. lama2 kepala otak pon leh jadi rosak..




time raya ni.. budak2 la paling hepi sekali.. maklumla leh dapat duit raya.. tapi kalau kene la dengan spesis manusia macam ni.. naya2. buat apalah bagi duit tu kat budak2... membazir aje yerk... kalau bagi kat bapak budak leh gak buat saham.. bukan setakat saham.. poker, blacjack, magnum semua dia yang terer..




kan bagus kalau kita bersedekah takbir..zikir takpun alunan nasyid2 ke.. dapat gak pahala .. ni dibawaknye masuk pub2.. karaoke dalam room ke.. karaoke dalam jamban ke.. leh la tahan gak.. kalau lagu raya kira ok gakla.. ini tak.. GRO sekor dua.. dapat gak dosa..




Time ni la macam2 konsert nak dibuat.. konon2 konsert hari raya . nak tambah amal la katakan.. masalahnya amal kebaikan atau amal sebaliknya.. terkinja2 .. terhenjut2 ... wah!!! amal ke tu??




raya2 ni macam air ade dihidangkan dirumah tu.. air sirap,air kopi,air paip dan macam pesen air la yang ade sekarang ni..menarik lagi..siap ade buah2, kaler2 pon leh gak bedal. tapi nak jugak ditogak cecair bahan api tu dalam perut.. sadis2..

Apr 24, 2011

ARTWORK AKU - PART 3


 Saja menghilangkan kebosanan yang ada.. lakaran untuk rekaan rambut.. maklumla tuan punya diri tak dapat nak berambut macam ni.. huhuhuhu




 

Apr 22, 2011

ISU WANITA BERTUDUNG DIHARAMKAN..MESTI BACA!!



Jumaat, April 22, 2011 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman
pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. Ahli-ahli parlimen negara
sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi
pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor
faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati
kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga
disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian
terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang
dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan
akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak
memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya
disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak
deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal
ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org
murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah
jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga
tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia.
bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid
adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini..
jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian
tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International
islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja
apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar
wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA
sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam.
kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua
sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu
berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti
TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini.
adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian
tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram
dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara
jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah
masih di dalam pemerhatian.


Apr 3, 2011

JALAN-JALAN MAUT DI DUNIA

Col de Turini, France


Stelvio Pass, Italy


Leh Manali Highway, India

The Road of death, Bolivia

Los Caracoles Pass in Andes


Russia's Lena Highway

Russian-Georgian Military Mountain Roads


Guoliang Tunnel Road, China



Taroko Gorge Road in Taiwan (Chungheng)


Pasubio (Vicenza), Northern Italy


The Halsema Highway, Philippines



Trollstigen, Norway

Lysebotn Road, Norway

Iroha-zaka winding road, Japan

Van Zyls Pass, Namibia



The Judge Harry Pregerson Interchange, LA1

Gravelly Hill Interchange, Birmingham, UK

The Puxi Viaduct, Shanghai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...