FACEBOOK D AWANA MULTITRADE

PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

UNTUK MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN

Feb 15, 2009

Di Manakah Tahap Cinta Anda..?



Love Me

:ida15:1. CINTA PERTAMA : Cinta ini lah yg dikatakan saat paling indah .. jantung berdebar2 dan sebagainya. Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. Jadi, pandai-pandailah bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar.. First love never dies.. Yang pertama belum tentu yang terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik. ermmm mcm best je statement ni.. wakakaka..

:ida15:2.CINTA PEMBIMBING : yang ini biasa dialami oleh sebahagian besar wanita. kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. pasangan yang juga boleh menjadi guru, seseorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat atau kemampuan diri kita. So abam boh.. sila bimbing aku sekarang .. .. heh heh heh


:ida15:3. CINTA MENGGODA : Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi, tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali padanya. Cinta jenis ini memerlukan 'kapakaran' untuk 'menawan' kembali kekasihnya yang telah pergi dengan sedaya upaya serta kemampuannya. Bab goda2 cmni aku tak reti.. goda2 lain selalu... n aku juga selalu digoda oleh geng2 koke utk berkoke.. yang pasti.. GODA gak


:ida16:4. CINTA BERBEZA STATUS : Hal ini tidak menjadi masalah andainya kedua-dua pihak aman dan bahagia. Tapi perbezaan status sosial yang terlalu jauh kadangkala boleh membuatkan salah satu pihak akan merana.. bila ikata emosi di antara keduanya kurang kuat, pelbagai dugaan mendatang akan menjadi halangan terbesar utk perhubungan itu berterusan


:ida27:5. CINTA 3 SEGI : Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang sudah terikat atau sebaliknya ada juga wanita yang gemar bermain2 cinta , walupun sudah terikat. dalam hal ini 'terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang sukar ditepis. Kadangkala org lain pula menjadi mangsa, menahan getaran seksanya perasaan kerana kesalahan pasangannya yang curang..


:ida65:6. CINTA SI PENYELAMAT : Kisah cinta ini apabila kita selalu menolong dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya. Jadi, berikanlah cinta yang tulus kepadanya, jangan mengharapkan balasan semata-mata. ermm tapi kadang2 nak gak sedikit balasan.. belanja kepci ke.. gi men bowling ke.. ah tipu lah aku kalau tak mintak balasan.. tapi takde la balasan mcm puteri hang li po lak..at least cukup la balasan dia mencintai kita seperti mana kita mencintai dia..

:ida14:7. CINTA DAN USAHA: Cinta juga memerlukan usaha . mane boleh setakat nk duduk rumah je menunggu org dtg meminang.. Usaha kena ada juga.. ermm yelah macam aku.. aku pon selalu tak duduk rumah.. selalu lah gi KLCC tu gara2 menghantar stok bekalan makanan tghri buat abam boh cyg.. walaupun aku kadang2 sedikit kemalasan dan kepenatan melihat kesesakan jalanraya di sana.. yelah tp syg nye pasal kan... usaha gak tu eh. muahahaha.. so caiyok-caiyok lah anda utk cinta . Apa yang pasti .. cinta yang agung itulah yang kekal abadi. Kasih manusia sering bermusim, sayangnya manusia tiada abadi.. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...